28 Mei 2008

Letih, Lesu, Terdampar.

Exam baru je abis... lega rasa ati... mana tak nya, tiap2 hari hati nie x sedap je... mata x cukup tido study ( mana x nya, asik men game, pastu kelam kabut nak study ) ... lepas abis paper PBL, smua member2 senyum kuar dari dewan exam... bukan sebab paper senang, tp, terbayang keseronokan masa cuti yang akan mendatang....

"DOTA!DOTA!.." teng menjerit.
"CS laa wie... baru masyuk..CS" prem mencelah.

semua dok bincang program abis exam... men game laa, mes basket.... ada yang dok plan nak gi pulau.... aku teringat dulu, faiz ada cakap kat aku, dia g picnic kat pulau... macam best..

"fir, x de plan ke abis exam nie?sebulan kite kene stay untuk remedial" salini bersuara.
"x tau laa... bincang ramai2 laa"

aku pun x tau ape plan... ( tengah bimbang result anatomy dan biochem ) nak balik m'sia pun, awal lagi... balik awal, ERP lagi.... ( ERP nie macam kebenaran untuk pulang ke malaysia bg student luar negara yang stud kat indonesia. Single ERP, tahan 3 bulan )

exam dah tamat... tapi perjalanan masih jauh.... lepas satu cabaran, ada satu lagi halangan yang ada di hadapan.... ( ya Allah, tabah kan aku untuk menghadapi cabaran dan rintangan didunia ini )

"kejayaan bukan titik perhentian, tapi adalah perhentian yang akan membawa kita ke perhentian yang seterusnya.... perjalanan tanpa henti"

kata2 papa aku masih bermain di fikiran ku... betul kata2 dia.... kita x pernah henti dari berjalan... makin berjalan, makin kita akan terus melangkah.... hanya berhenti, bila kita sedar, yang diri kita, tidak bernyawa... ( melangkah,menapak,merangkak. jangan henti, hingga kita mati.. )

14 Mei 2008

Secawan kopi, sekeping biskut.

Dua tiga hari nie, perut aku macam x sedap.. salah makan kot ( mana x nye, tiap2 hari asik melantak megi kari ) macam nak kene gastrik, tp ok lagi.

" fir, ko ok ke makan megi je? asal x makan nasi?"
"ok je... saving budget"

prihatin housemate aku, kesian tengok aku makan megi kot.. kadang2 malu gak aku ngan faizal ( mana x nye, aku dok pow megi dia tiap2 hari.. ^_^ ) tapi nak wat camna, time sekarang nie tengah kesempitan duit... duit simpanan dah habis, nak minta kat mama n papa aku, masih awal lagi....

"ko ada duit x? kalau x, aku boleh bagi aku pinjam.."
"xpe2...ada duit, tapi nak saving je nie.... "

dalam hati tu, nak je aku kata ye, tapi ego kot.. best ada kawan2 yang prihatin macam housemate aku nie.. amin hari tu balik awal. terkejut kitaorang satu umah. azam baru nak exam kot.

"eh, awal nye ko balik? x g cc lagi ke? " tanya aku.
"nak study dowh... exam nak dekat. asal ko makan megi je?"

aduh... sakit telinga aku.. baru tadi faizal tanya aku, nie dia lak... ( prihatin kot )

Pagi tu, aku bangun awal. terjaga bila angel aku col.

"abg dah bangun? bangun tau, solat, pastu study. exam nak dekat"
"ok..abg bangun"

dalam keadaan yang sangat kurang stabil ( tido lambat, dekat kul 2 pagi aku tido ) aku pun g gosok gigi, mandi dan solat subuh... perut aku mula menyanyi... ( memang perut monster aku nie ) ..aduh, x tau nak makan ape. tengok megi, boring lak. nasib baik ada stok kopi 3 in 1 dalam almari aku.

sambil minum kopi, aku pun dok pow biskut kat bilik siva ( siva tengah tidur macam baby.. x sedar aku dok pow biskut dia ) time2 hening macam nie, buat aku rindu family aku kat malaysia.

"fir, bangun. Pastu g solat cepat"
"ye..."

pagi2 lagi mama aku dah dok sibuk wat sarapan kat umah. adik2 aku macam biasa la, dok kemas,sapu lantai. papa aku x tau kat mana. ( g pasar kot ). terkebil2 aku jalan ke dapur setelah solat, tibe2 terhirup aroma yang terus wat aku segar..

"wah... mama masak nasi lemak ek?sedap nie"

mama aku tersenyum. dia tau anak dia yang sorang nie kuat makan... ( haha.. sebab tu badan aku pun sedap je, mana x nya, mama aku masak sedap je tiap hari ) aku mula mencuit2 makanan yang terhidang. dari jauh adik aku aishah mengomel. ( aku dok cuit nasi kat piring dia.. hehehe )

" dah, panggil papa cepat. nak makan nie "

rindu tul saat tu. papa aku dengan suara machonya akan memuji masakan mama aku. adik2 aku dok bising nak duduk sebelah mama. apa yang indah disitu, bukan nasi lemak, bukan secawan teh yang dibuat sarah,adik aku. tetapi kemeriahan bila bersama keluarga kita yang tersayang. ( lalai selalu membuat kita kurang bersyukur dengan apa yang ada )

"awal ko bangun? study ek?"
"x la. baru je bangun."

faizal mencari sesuatu diampaian, kemudian masuk semula kebilik. aku? duduk di meja study aku, dengan secawan kopi ditangan dan sekeping biskut memori yang penuh dengan keindahan. ( optimisnya hidup dengan keindahan, mendambakan aku agar terus hidup mengejar cita2 dan harapanku )

12 Mei 2008

Awal mula, pertama mula..

Lama dah aku nak wat blog nie.. tapi banyak sangat halangan yg x dijangka2... dengan masalah connection internet kat kampus, kelas ganti yang memanjang dan urusan yang x patut aku buat (kadang2 aku nie senang hilang concentration)..

dah dua tiga ari nie, aku xde mood sangat nak belajar.... (main DOTA macam orang gila, pastu tido..) padahal lagi dua minggu nak final exam... ramai orang dok ngomel anatomi susah (housemate aku sampai nak naik gile study anatomy) tapi aku, macam nie juga. macam xde exam je.

roommate aku yang seorang nie, balik umah je, muka tension.

"aik.. asal ko amin? gaduh ngan awek ke?"
"x laa.. ngantok..."

aku malas nak ambil tau sebenarnya, tapi kalu x tanya, nanti orang cakap aku x ambil peduli... ( konflik juga dengan diri aku sendiri ) faizal yang selalu dok kacau amin, ari tu dia senyap je. dia tau amin tengah bad mood kot.

"siva mana? tido ke?"
"macam biasa laa.. budak genius study last minit"

aku? terus amik tuala, mandi , masak megi (khas dari malaysia, maggi kari kesukaanku) pastu ngap! fuh.. nikmat tul makan... (faizal ngan amin masih tengah study..rajin tul diaorang tu)

"ko x tido ke min? kata penat."
"nanti laa. aku nak study sket"

dan aku? tido...sampai pagi.Esok kelas biokimia... aku ngan amin (macam biasa laa, muka yang selalu datang lewat g kelas) nasib baik lecture x start lagi. dok belakang, relex, pastu dengar je laa ape yang lecture tu cakap..

"saya punya kuliah sama kamu hari ini. kamu sudah semak daftar kuliah?"

tibe2 pulak datang lecture histologi. cakap dia punya kelas ari nie. selalu kelas biologi (anatomi,histologi dan sewaktu dengannya) hari isnin dan rabu. pelik dah satu kelas. ada yang pandang kat aku.

"gile ape dosen nie?dia salah tengok jadual kot"
"ntah" jawab aku.

nasib baik laa lecture yang biokimia tu le tolerate. kalu x, kecoh gak kelas.

"saya punya kuliah sama kamu. saya punya acara nanti. saya sibuk, tinggal jauh"

lecture tu macam x puas hati ngan kitaorang, tapi nak wat camna, benda macam nie luar kawalan n dugaan kita.. tapi dia dari awal kelas sampai abis asik cakap benda sama. geram gak, tapi dengar je laa...

hidup memang menyusahkan... tapi dalam kesusahan tu, kadang2 ada kegembiraan. :) jika tiada duka, maka tiada gembira ( sinonim atau tidak, aku lagi suka gembira.. kerana aku adalah aku )