16 Juni 2008

Membunuh Masa?


adakah masa yang mengubah kita?

Lama gak aku x open blog nie... maklumlah, sejak abis exam, banyak sangat aktiviti (yang menghabiskan duit ) jadi agak susah nak online dan mengupdate ape yang patut...

minggu remedial dah start, masing2 sibuk dengan subjek masing2... ( aku pula dok blur lagi, nak study ape utk medical chem nie ).. Bapak Endrinaldi dengan pengiraan dan bahasa kimianya yang agak membunuh ( putar alam? ) Bapak JJ (macho beb nama dia) dengan pemikiran ala Eistein dia (betul x ejaan aku tu?)

"fir tolong aku, budak dari jakarta nak datang nie" umar bersuara.
"Jakarta? ape kes?"
"ada program sket.. ISK..."

ISK.... aku mula2 blur gak... ape kebenda tu...

"Ini Sejarah Kita, inilah tujuan ISK diwujudkan.. mengenal sejarah kita"

pagi2 aku datang (walaupun agak terlewat hampir 2 jam), bro2 fesi kita bersemangat dengan modul dan pemikiran yang merangsang semangat jihad dan pembinaan Islam dalam diri....

"aku rasa, nie ok sket... dari yang datang Medan dulu... tension gak"

yang kali nie, pendekatan agak berbeza... aku cube melihat dari sudut yang berbeza...

"Islam nie, semua x bole... tu tak bole, nie x bole.. abis tu ape yang bole?"

aku teringat persoalan Chin Peng, kwn baik aku masa kat UiTM dulu...(dia nie memang PARADOX sket...nak kata buta agama, x juga...memang sifat dia)...

"kalu couple pun x bole, macam mana? tu haram, nie haram...."

aku terdiam... Islam menyakitkan? tidak... malah menyempurnakan... kadang2 kita silap untuk memberikan penjelasan yang sebenar pada pendengar.... aku teringat lagi kata2 ustaz aku...

" couple? bole... silakan... cinta itu wujud dalam setiap diri manusia... ekspresikan cinta itu...kerana cinta dan perasaan adalah suatu yang diciptakan oleh Allah, penuh dengan keindahan"..

aku tergamam... eh.. boleh pulak bercinta... td dok marah sangat x boleh couple...

"kita manusia.. punya hak untuk bercinta, berkasih sayang... malaikat je yang x bercouple nie... nak bercinta, silakan... maka dengan itu, datangnya Islam untuk MENGAWAL dan MENYEMPURNAKAN rasa cinta itu.... silakan jika mau bercinta... tapi kalu nak ehem2... Islam kata, Kawin.. "

aduh... senyuman sinis ustaz tu membuat aku turut tersenyum juga... hebat juga kata2 ustaz tu... menyebabkan ramai kawan2 aku yang bercouple pastu.... kawin.. :) ahaha... (tahniah pada hadi panjang... dapat anak, pos gambar kat aku)...

kita selalu memandang serong pada keburukan.... shiff your paradigm... hehe... tu yang diperkata pada ISK.... namun kadangkala, aku ternampak pada diri mereka sendiri, belum memacu paradigma mereka... kita lebih suka mencaci maki kegelapan, dari menghidupkan sebatang lilin...

kenapa?mengapa? ubah lah paradigma anda sesempurnanya...

kesalahan dan kesilapan umpama api... mana nasihati dan tariklah kesalahan itu dengan air, bukan dengan api (kemarahan)....

namun aku lihat, orang lebih suka menasihati dan menegur orang dengan KEMARAHAN..... maka dengan itu... kita belum lagi mengubah minda dan paradigma kita.... ( banyak perangkap didunia, maka perangkap yang paling merbahaya adalah perangkap 'SUFI' )