26 April 2009

Cinta? (Kisah Tak Sempurn 2)

bila sebut tentang cinta,sejuta pengertian akan muncul. bole buat pening kepala bila fikirkan cinta. tapi yang pasti, cinta itu indah dan mengasikkan. Tapi sejauh mana kita faham ertinya cinta? (kita sering memahami erti cinta dari frasa luaran, namun sering keliru erti dalamannya).

Metafora cinta, selalu digambarkan dengan keasikkan dan keindahan yang melalaikan. Tapi, ada juga cinta yang membawa pada kebenaran dan kefahaman tentang ertinya hidup.

Bila Cincin Disarung..


Baru2 nie, sepupu aku menikah dan berkahwin. Cintanya pada suaminya dahulu, dipenuhi kontroversi dan panorama yang tidak mengasikkan. (maklumlah, orang melayu nie susah sikit nak terima orang bukan melayu).

Namun skrg, cintanya nyata dan menjadi sangat berkilau umpama berlian. Berkat kesabaran dan doa, dia akhirnya menikah dengan cinta hatinya. Tahniah aku ucapkan. Doa aku semoga cintanya kekal hingga ke syurga dan dirahmati Allah.

Majlisnya sangat meriah... banyak gak sepupu aku yang datang.

Abg Adam(pengantin lelaki) bersama sepupu2 aku.


Anak buah aku. Aishah dan Zafir.

Sekali lagi aku belajar. Cinta itu tidak mengenal siapa. Apa kaitan dengan jodoh? hum... aku sendiri pun tidak mengerti.


Antara Hadirin Dan Diplomat (hehe)Yang Hadir


"jodoh itu, ketentuan Allah." kata mama aku.




Mama dengan pengapit pengantin (sepupu aku gak)



aku belajar sekali lagi. Cinta yg kukuh akan membawa kita lebih dekat kepadaNya.


"jika kamu Cintakan Allah, cinta itu, cinta hakiki" kata ustaz Fadil.


Kak Tumi,Raihan,Nazreen,Khalidah dan Yg Tak dikenali (tudung kuning)

aku belajar sekali lagi. Cinta itu, anugerah dariNya.

"jika Allah cintakan kita, nescaya seluruh isi langit dan bumi akan mencintai kamu" kata papa aku.

aku belajar sekali lagi.

dan lagi..


dan lagi..


lagi..


aku jatuh cinta lagi!


.

22 April 2009

Kisah Yang Tidak Sempurna


lama dah aku tak online,memandangkan kat rumah aku xde talian internet...(dulu ada, tapi kene potong sebab aku giler online)


banyak yang ingin dikongsi,tapi banyak juga halangan yang muncul. sedikit masa yang ada, aku luangkan untuk memberitahu...


bahawa aku masih lagi bErNafAs!


dua hari lepas,rumah aku dimasuki pencuri... habis semua barang diselongkar (apelah yang nak dicari oleh 'orang' tu) dari laci almari baju, hingga ke ruang perpustakaan family aku pun di selongkar (mungkin dia cari harry potter edisi terbaru milik adik aku kot)


namun syukur alhamdulillah, tiada apa barang berharga yang hilang.. agak terpingga2 juga aku sekeluarga, namun syukur yang kami lafazkn... syukur kerana kami sekeluarga tiada ketika itu (kalau x, mesti terjadi pertarungan yang hebat..huhu) dan syukur tiada apa yang hilang (cuma wang sikit2 dan barang2 emas milik adik2 aku)


"mungkin Allah nak bagi kita sesuatu, jadi diuji dahulu" kata mama aku.


satu malam aku berhempas pulas membersihkan rumah..(aku dan family baru pulang dari k.lumpur) malam itu, aku tidur penuh kewaspadaan (mana tau, 'orang' tu nak masuk lagi)


"cukuplah saja Allah bagiku.. Dialah tempat terbaik aku bergantung"


doa itu, membuatkan aku kembali tenang, dan tidur kembali lena.. :)


banyak lagi rentetan peristiwa yg ingin dikongsi... bagi aku berehat untuk mengambil nafas kembali :)
ps: gambar kat atas, gambar hantaran majlis perkahwinan kak ana dengan abg adam. :)