27 Oktober 2010

Antara gegaran dan getaran Twister KFC.

25 oktober yang lalu, tempat aku belajar (Padang) di gegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.2 SR. Malam sewaktu gempa terjadi, aku didalam kereta housemate aku, cari makan. Maklumlah musim exam skrg ni. Faktor stress menyebabkan sekresi asid gaster aku meningkat. (memang asam lambung aku selalu kuar je..haha)

Plannya aku nak g makan twister kat KFC. Aneh, aku lihat semua pekerja kat KFC tu kuar.. aku dengan selambanya masuk.

"bang, twister ada bang?" tanya aku.
"err...ada, tunggu 15 menit ya.." jawab brother tu.

wajah orang tu agak cuak+kaget+aneh... aku tak perasan apa2 lagi waktu tu. Sehinggalah bila aku balik dari KFC, on da way dari perjalanan, aku lihat, ramai gila orang berjalan kat tepi jalan, siap bawa anak dia..pokoknya satu family..tiba2 handphone aku berbunyi. ada sms masuk.

"telah terjadi gempa bumi ukuran 7.2 SR berpusat di Mentawai. Amaran tsunami dikeluarkan"

perh.. cuak, patut lah aku tengok brother kat KFC tu macam aneh. disaat orang semua tengah melarikan diri kat tempat lebih tinggi, aku leh lak cari twister. dok dalam kereta, memang x leh rasa gegaran gempa! hahaha

"mungkin budak ni beli twister untuk bekalan makanan kalau ada tsunami kot" - aku rasa ini yang terfikir oleh brother yang keje kat KFC tu.

alhamdulillah, 30 minit lepas tu, amaran tsunami telah ditarik balik. saat untuk aku menikmati getaran sensasi twister KFC, setelah gegaran bumi yang menyebabkan semua pekerja KFC lari dari kaunter mereka.

p/s : al-fatihah buat mangsa tsunami akibat gempa kelmarin. sebenarnya setelah amaran tsunami ditarik balik, sebuah pulau berdekatan dengan Mentawai diserang tsunami. Syukur, jika tidak kerana pulau itu, mungkin Padang telah pun dilanda tsunami. Semoga Allah melindungi kita semua.