09 Juli 2009

Melangkah kembali.

Exam makin dekat,dan pagi tadi,aku terbaca satu coretan yang sedikit memberikan aku semangat untuk terus usaha dalam perjuangan aku. :)

Aku mula tertanya,bagaimana kita memandang beban hidup kita selama ini?

Berat beban atau lama menanggung beban?

Sebenarnya bukan berat beban yang membuat kita stress atau tertekan. Tetapi, lamanya kita memikul beban tersebut. Cuba kita angkat segelas air dan bertanya pada diri kita,

“berapa berat agaknya segelas air ini?”

Kita pasti akan menjawab, oh mungkin 200g atau 500g. Tergantung berat gelas dan banyak airnya. Namun hakikatnya, bukan berat air atau cawan yang menjadi masalah kita, tetapi tergantung berapa lama kita mampu bertahan untuk memegang gelas berisi air itu.

Jika kita memegang gelas tersebut selama 1 minit, pasti tiada masalah bagi kita. Tetapi jika kita memegangnya selama 1 jam, lengan kita mula sakit. Berikutnya jika kita pegang selama satu hari, alamatnya ada yang tidur kat hospital.

Mari kita sama2 renung, berat gelas dan air itu sama je. Tapi semakin lama kita memegang, semakin berat terasa bebannya. (mula terfikir, makin lama hidup,makin beban tanggungjawab kita padaNya..hmMm)

Jika kita membawa beban itu terus menerus,sudah tentu kita tidak mampu untuk membawanya lagi. Tapi jika kita angkat gelas itu,kemudian rehat sebentar,lepas tu angkat lagi, pasti tiada masalah bagi kita untuk memegang gelas itu,walaupun selama setahun! ^_^

Apa yang cuba saya sampaikan disini, kita sebagai manusia,perlukan ruang dan masa untuk berehat dan ber’hibernasi’. Apa jua masalah yang kita hadapi, pastikan kita punya sedikit masa dan ruang untuk berundur sejenak,sebelum kita mula melangkah,mencari penyelesaiannya.

Apa lagi bila kita bergelar ‘muslim’. Dari awal,kita telah diajar oleh Allah supaya sentiasa tenang dan ‘merujuk’,sebelum menyambung kembali tugas kita sebagai khalifah dimuka bumiNya ini.

Tidak mengerti?

Itulah solat 5 waktu, yang difardukan oleh Allah kepada kita. Banyak rahsia Allah yang kita tidak mampu selami,namun itulah salah satu dari hikmah solat itu sendiri.

Ditengah2 kesibukan kita mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab (lebih2 lagi sebagai student macam aku ni..exam :( .. ), kita di’seru’ sebanyak lima kali,supaya kita kembali sedar akan fitrah kita yang sebenar.

Kembali kepada fitrah kita yang sebenarnya lemah dan sangat bergantung kepadaNya.

Dengan itu kita akan sedar dan kembali tenang, bahawa setiap beban yang dipertanggungjawabkan kepada kita, sebenarnya kita tidak bersendirian memikulnya.

"Kerana Allah, sentiasa bersama kita."


.

06 Mei 2009

Kenapa Hanya Melihat?

“sara ingat nak beli papan pemotong tu.cantik.siap ada ukiran, khas untuk mama”
Pelik juga aku.nape tibe2 nak beli hadiah untuk mama.

“abg fir nie.hari IBU laa !!”



Ish2.. hampir terlupa pula aku. Sambutan hari ibu tak lama lagi. Jadi macam2 laa aku ngan adik aku bincang, ape nak bagi kat mama, sempena hari ibu nie.. cadang nak beli set cawan la, beli ubat dr.lo’lo’ la, macam2…sambil2 tu, aku belek2 dompet aku,nak tengok cukup tak budget nie (maklumlah,makin hari dompet makin nipis..huhu) … bukan ape, seka
dar tanda mengingati untuk mama.

“sara, bila hari ibu sebenarnya?” Tanya aku.
“tiap2 hari adalah hari ibu..”

Betul. Kita sepatutnya menghargai ibu kita setiap masa. Bukan hanya pada
waktu hari ibu je. (kadang2, aku ni selalu leka dan apla) aku sayang sangat kat mama aku. Tapi kadang2 susah nak aku lafazkan ucapan ‘sayang’ itu pada mama aku.. (kenape la aku nie… hum…)

Pilu hatiku yang sayu,
Menatap wajahmu,

Tenang dalam lena.

Kasih,
ku zahirkan lagu,
Sedangkan bibirku, jauh dari lafazNya.


Raut tua mu
Memberkas jiwaku,
meredakan rindu, mendamaikan kalbu,
Tak mungkin ku temu,

Iras sentuhanmu ,
Biar pun ku redah, seluruh dunia,

Mencari gantimu.

Betapa sukarnya,
Menyusun bicara,
Meluahkan rasa,
Menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah,

Cuma ungkapan kebisuan yang merindukan kalimah rahsia.

Masih ku biarkan waktu,

Melarikan lafaz,
kasihku padamu.

Mengapakah sukar,

Menyusun bicara,
Meluahkan rasa,

Menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kesukar rima rahsia.

Apakah yang hilang,

Andai di lisankan,
Manik penghargaan,
Penuh kejujuran,
Tak mungkin terlihat,

Cinta... yang meronta
Jika hanya renungan mata yang bersuara,
Bukan atur kata.

Tiada lagi ertinya pengucapan,

Andai akhir nafaz dihujung helaan,

Sebelum mata rapat terpejam,
Usah biar kehilangan,
Menggantikan lafaz,

Yang tersimpan....

Bila aku dengar lagu nie, aku rasa takut… takut aku x dapat mengucapkan ‘sayang’ dan ‘cinta’ pada mama n papa aku. Terus terang, lagu nie berjaya membuat bulu roma aku berdiri. ( try la dengar dan hayati..huhu)

mama dan papa (kenape tu?)

Permulaan lagu nie, korang akan dengar mainan piano, diikuti tempo lagu yang pelan dan sayu. Secara kasar (pada pendapat aku), lagu ni berjaya mengambarkan suasana yang sedih dan sayu saat kita melihat ibu atau ayah kita berbaring diatas tilam, tanpa bicara.(fuh..seram)

Tak seperti lagu yang aku cerita kan pada tajuk lepas, lagu ini membawa kita kepada suatu persimpangan, apakah kita akan memilih untuk ke kanan, atau kekiri. Tiada jalan belakang! Kerana apa?


‘..masihku biarkan waktu, melarikan lafas, kasihku padamu..’

Selalunya, kita akan terus terhenti di persimpangan dan tak tau nak pilih jalan ape. Susahkan? (ke sebenarnya aku nie ego?...hum…)
Background n backup lagu nie memang masyuk. (sepanjang 2nd slot, meremang je bulu roma aku), tapi suatu yang agak me’rungsing’kan telinga aku ialah, penyebutan vocal yang tidak jelas. Ini kadang2 menyebabkan aku berfikir dua kali, untuk memahami apa yang
cuba disampaikan.

semuanya indah bila bersama mereka

Penutup lagu nie memang dramatik. Susah aku nak gambarkan, tapi secara keseluruhan,aku suggest korang semua dengarlah n hayati lagu nie.. lirik dia memang sampai. Sekurang2nya aku bersyukur, kerana diberi kesempatan untuk mengucapkan ‘sayang’ dan ‘cinta’ pada mama dan papa aku.

“Abg FIR SAYANG MAMA DAN PAPA”
.