09 Juli 2009

Melangkah kembali.

Exam makin dekat,dan pagi tadi,aku terbaca satu coretan yang sedikit memberikan aku semangat untuk terus usaha dalam perjuangan aku. :)

Aku mula tertanya,bagaimana kita memandang beban hidup kita selama ini?

Berat beban atau lama menanggung beban?

Sebenarnya bukan berat beban yang membuat kita stress atau tertekan. Tetapi, lamanya kita memikul beban tersebut. Cuba kita angkat segelas air dan bertanya pada diri kita,

“berapa berat agaknya segelas air ini?”

Kita pasti akan menjawab, oh mungkin 200g atau 500g. Tergantung berat gelas dan banyak airnya. Namun hakikatnya, bukan berat air atau cawan yang menjadi masalah kita, tetapi tergantung berapa lama kita mampu bertahan untuk memegang gelas berisi air itu.

Jika kita memegang gelas tersebut selama 1 minit, pasti tiada masalah bagi kita. Tetapi jika kita memegangnya selama 1 jam, lengan kita mula sakit. Berikutnya jika kita pegang selama satu hari, alamatnya ada yang tidur kat hospital.

Mari kita sama2 renung, berat gelas dan air itu sama je. Tapi semakin lama kita memegang, semakin berat terasa bebannya. (mula terfikir, makin lama hidup,makin beban tanggungjawab kita padaNya..hmMm)

Jika kita membawa beban itu terus menerus,sudah tentu kita tidak mampu untuk membawanya lagi. Tapi jika kita angkat gelas itu,kemudian rehat sebentar,lepas tu angkat lagi, pasti tiada masalah bagi kita untuk memegang gelas itu,walaupun selama setahun! ^_^

Apa yang cuba saya sampaikan disini, kita sebagai manusia,perlukan ruang dan masa untuk berehat dan ber’hibernasi’. Apa jua masalah yang kita hadapi, pastikan kita punya sedikit masa dan ruang untuk berundur sejenak,sebelum kita mula melangkah,mencari penyelesaiannya.

Apa lagi bila kita bergelar ‘muslim’. Dari awal,kita telah diajar oleh Allah supaya sentiasa tenang dan ‘merujuk’,sebelum menyambung kembali tugas kita sebagai khalifah dimuka bumiNya ini.

Tidak mengerti?

Itulah solat 5 waktu, yang difardukan oleh Allah kepada kita. Banyak rahsia Allah yang kita tidak mampu selami,namun itulah salah satu dari hikmah solat itu sendiri.

Ditengah2 kesibukan kita mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab (lebih2 lagi sebagai student macam aku ni..exam :( .. ), kita di’seru’ sebanyak lima kali,supaya kita kembali sedar akan fitrah kita yang sebenar.

Kembali kepada fitrah kita yang sebenarnya lemah dan sangat bergantung kepadaNya.

Dengan itu kita akan sedar dan kembali tenang, bahawa setiap beban yang dipertanggungjawabkan kepada kita, sebenarnya kita tidak bersendirian memikulnya.

"Kerana Allah, sentiasa bersama kita."


.

06 Mei 2009

Kenapa Hanya Melihat?

“sara ingat nak beli papan pemotong tu.cantik.siap ada ukiran, khas untuk mama”
Pelik juga aku.nape tibe2 nak beli hadiah untuk mama.

“abg fir nie.hari IBU laa !!”



Ish2.. hampir terlupa pula aku. Sambutan hari ibu tak lama lagi. Jadi macam2 laa aku ngan adik aku bincang, ape nak bagi kat mama, sempena hari ibu nie.. cadang nak beli set cawan la, beli ubat dr.lo’lo’ la, macam2…sambil2 tu, aku belek2 dompet aku,nak tengok cukup tak budget nie (maklumlah,makin hari dompet makin nipis..huhu) … bukan ape, seka
dar tanda mengingati untuk mama.

“sara, bila hari ibu sebenarnya?” Tanya aku.
“tiap2 hari adalah hari ibu..”

Betul. Kita sepatutnya menghargai ibu kita setiap masa. Bukan hanya pada
waktu hari ibu je. (kadang2, aku ni selalu leka dan apla) aku sayang sangat kat mama aku. Tapi kadang2 susah nak aku lafazkan ucapan ‘sayang’ itu pada mama aku.. (kenape la aku nie… hum…)

Pilu hatiku yang sayu,
Menatap wajahmu,

Tenang dalam lena.

Kasih,
ku zahirkan lagu,
Sedangkan bibirku, jauh dari lafazNya.


Raut tua mu
Memberkas jiwaku,
meredakan rindu, mendamaikan kalbu,
Tak mungkin ku temu,

Iras sentuhanmu ,
Biar pun ku redah, seluruh dunia,

Mencari gantimu.

Betapa sukarnya,
Menyusun bicara,
Meluahkan rasa,
Menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah,

Cuma ungkapan kebisuan yang merindukan kalimah rahsia.

Masih ku biarkan waktu,

Melarikan lafaz,
kasihku padamu.

Mengapakah sukar,

Menyusun bicara,
Meluahkan rasa,

Menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kesukar rima rahsia.

Apakah yang hilang,

Andai di lisankan,
Manik penghargaan,
Penuh kejujuran,
Tak mungkin terlihat,

Cinta... yang meronta
Jika hanya renungan mata yang bersuara,
Bukan atur kata.

Tiada lagi ertinya pengucapan,

Andai akhir nafaz dihujung helaan,

Sebelum mata rapat terpejam,
Usah biar kehilangan,
Menggantikan lafaz,

Yang tersimpan....

Bila aku dengar lagu nie, aku rasa takut… takut aku x dapat mengucapkan ‘sayang’ dan ‘cinta’ pada mama n papa aku. Terus terang, lagu nie berjaya membuat bulu roma aku berdiri. ( try la dengar dan hayati..huhu)

mama dan papa (kenape tu?)

Permulaan lagu nie, korang akan dengar mainan piano, diikuti tempo lagu yang pelan dan sayu. Secara kasar (pada pendapat aku), lagu ni berjaya mengambarkan suasana yang sedih dan sayu saat kita melihat ibu atau ayah kita berbaring diatas tilam, tanpa bicara.(fuh..seram)

Tak seperti lagu yang aku cerita kan pada tajuk lepas, lagu ini membawa kita kepada suatu persimpangan, apakah kita akan memilih untuk ke kanan, atau kekiri. Tiada jalan belakang! Kerana apa?


‘..masihku biarkan waktu, melarikan lafas, kasihku padamu..’

Selalunya, kita akan terus terhenti di persimpangan dan tak tau nak pilih jalan ape. Susahkan? (ke sebenarnya aku nie ego?...hum…)
Background n backup lagu nie memang masyuk. (sepanjang 2nd slot, meremang je bulu roma aku), tapi suatu yang agak me’rungsing’kan telinga aku ialah, penyebutan vocal yang tidak jelas. Ini kadang2 menyebabkan aku berfikir dua kali, untuk memahami apa yang
cuba disampaikan.

semuanya indah bila bersama mereka

Penutup lagu nie memang dramatik. Susah aku nak gambarkan, tapi secara keseluruhan,aku suggest korang semua dengarlah n hayati lagu nie.. lirik dia memang sampai. Sekurang2nya aku bersyukur, kerana diberi kesempatan untuk mengucapkan ‘sayang’ dan ‘cinta’ pada mama dan papa aku.

“Abg FIR SAYANG MAMA DAN PAPA”
.

Nada Bersahaja

cahaya atas cahaya?

Baru2 nie aku lepak dengan adik aku sarah. Pastu dengar dia dok nyanyi satu lagu.. cam best.


“Band Hujan”


Kagum juga aku. Bukan kerana nyanyian adik aku, tapi lirik yang cuba disampaikan band itu. Mengingatkan aku satu band Indonesia, nama dia ‘Hujan’ juga. Tapi dalam bahasa inggeris..


‘The Rain’.


mungkin jika engkau mau melupakan perbedaan

mencuba tuk menerima semua yang telah digariskan

jangan terhenti di persimpangan jalan

banyakkan dapat kau lakukan kawan


mungkin jika kita mau sejenak mendengarkan

apa yang telah selama ini mereka percoba teriakkan

jangan ragu untuk sekadar hulurkan tangan

semoga dapat ringankan sedikit beban


dan biarkan tetap bersinar dihati mu

cahaya yang walaupun redup

senantiasa menghangatkan

menjaga agar tetap terang dihati mu

menuntun kemana arah

yang akan kau tuju


dan biarkan tetap bersinar dihati mu

cahaya yang walaupun redup

senantiasa menghangatkan

jangan biarkan gelap selimuti hati mu

jadikan hidup lebih bererti

bagi mu, bagi ku,

bagi mereka dan kita semua.


Terus terang,Aku bukannya pandai sangat dalam seni musik nie. Hanya pendengar yang meminati alunan music dan lirik yang bertepatan dengan jiwa aku masa tu. (time2 sedih, syok la layan lagu jiwang).


Tapi bagi aku, lagu nie best. Masyuk la kalau korang nak dengar lepak2, mengisi masa petang korang ,b4 korang kuar main futsal atau kuar jumpa awek korang. starting petikan gitar dia je, korang dah tau, nie lagu orang tido atau nak masuk tido. (hehe,kadang2 leh tertido aku dengar lagu nie)


Apa aku nampak, ada sumting yang cuba disampaikan dalam lagu nie.bila korang go through lirik nie, very nice.


‘.. apa yang telah slama ini mereka, percoba teriakkan..’


Pernah tak kita fikirkan apa yang ter’pahat’ kat dalam hati orang lain? Pada aku, jarang sekali. Satu pesanan yang aku dapat dari lirik ini, dengan menjadi pendengar yang setia, kita sudah mampu untuk meringan bebanan jiwa yang terpenjara dalam jiwa seseorang ( macam jadi doktor sakit jiwa lak..) tapi bape ramai yang mampu untuk menjadi pendengar yang setia? (kalu dengar awek membebel, kira pendengar yang setia tak?)


Apa yang x best bila dengar lagu nie (pada aku la), alunan irama climax lagu nie x bape cun sangat.. aku cuba untuk mendalami alunannya, tapi x dapat. Dalam erti kata lain (menurut istilah perubatan yang tidak sopan) ‘ejakulasi tertahan’. Mungkin pencipta lagu ini cuba untuk mempertahankan tempo lagu ini yang ‘cool’ dan bersahaja.


anyway, lagu nie memang bagus untuk korang layan. Kenapa? Macam aku ckp tadi, got sumting yang baik untuk kite amik n renung. Sekurang2nya sebagai inspirasi kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik, bukan saja untuk diri kita, tapi untuk orang lain juga. ^_^


‘.. jadikan hidup lebih bererti bagimu, bagiku, bagi mereka dan kita semua…’


.

03 Mei 2009

Cahaya Baru (kisah tak sempurna 3)

"Ahlan wa sahlan wa marhaban!"

lafaz pertama yang aku dengar dari bibir papa aku saat adik aku Aishah, tiba dirumah. Petang itu agak redup cuaca, tapi tidak sedikitpun meredupkan suasana meriah dirumah aku.Pelukan kemas antara Aishah dengan mama aku, disamping ucapan tahniah dari Sarah kepadanya.

"Tahniah Aishah, moga Aishah dapat meneruskan kejayaan di masa hadapan" ucap Sarah pada adik aku yang ketiga tu.

senyum. ^_^

"terima kasih juga kat kak sara yang banyak doakan aishah" balas adik aku.

Malam itu, kami sekeluarga membuat sedikit bacaan yasin dan sedikit jamuan keluarga. rasa seronok bila dapat bersama seisi keluarga semua. dapat lihat celoteh adik2 aku bercerita, pengalaman mereka di asrama, dikolej.macam2 :) . lagi meriah bila mama dan papa pun bercerita saat kanak2 dan remaja mereka.


"mama dulu, cikgu suruh berdiri atas kerusi,mama diri je la"

"mama x malu ke?" celah adik aku.

"nak malu ape nye.zaman sekolah. waktu belajar nie, buatlah sebanyak mana salah yang kita buat, kerana kita akan belajar darinya nanti"


ada sesuatu yang ingin mama aku sampaikan.kami adik beradik tersenyum faham.

Sepanjang minggu cuti sekolah itu, rumah aku sentiasa meriah dengan kehadiran adik2 aku. kadang kala, terdengar jeritan2 kecil dari mama aku menyuruh adik2 aku mengemas rumah dah melipat baju. hehehe... (waktu ini, aku paling heaven, bole dok goyang kaki)

gembira rasa hati ini.sejuta kesyukuran aku munajatkan padaNya.untuk sekian kalinya, keluarga kami memiliki seorang 'Hafizah'. dari jauh aku memandang wajahnya.tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya sebagai hadiah. jauh dihati,seringkali berbisik, ikhlas aku hadiahkan utkmu,


"tahniah adikku.semoga Allah memelihara ilmu dan dirimu,dunia dan akhiratmu"


.

26 April 2009

Cinta? (Kisah Tak Sempurn 2)

bila sebut tentang cinta,sejuta pengertian akan muncul. bole buat pening kepala bila fikirkan cinta. tapi yang pasti, cinta itu indah dan mengasikkan. Tapi sejauh mana kita faham ertinya cinta? (kita sering memahami erti cinta dari frasa luaran, namun sering keliru erti dalamannya).

Metafora cinta, selalu digambarkan dengan keasikkan dan keindahan yang melalaikan. Tapi, ada juga cinta yang membawa pada kebenaran dan kefahaman tentang ertinya hidup.

Bila Cincin Disarung..


Baru2 nie, sepupu aku menikah dan berkahwin. Cintanya pada suaminya dahulu, dipenuhi kontroversi dan panorama yang tidak mengasikkan. (maklumlah, orang melayu nie susah sikit nak terima orang bukan melayu).

Namun skrg, cintanya nyata dan menjadi sangat berkilau umpama berlian. Berkat kesabaran dan doa, dia akhirnya menikah dengan cinta hatinya. Tahniah aku ucapkan. Doa aku semoga cintanya kekal hingga ke syurga dan dirahmati Allah.

Majlisnya sangat meriah... banyak gak sepupu aku yang datang.

Abg Adam(pengantin lelaki) bersama sepupu2 aku.


Anak buah aku. Aishah dan Zafir.

Sekali lagi aku belajar. Cinta itu tidak mengenal siapa. Apa kaitan dengan jodoh? hum... aku sendiri pun tidak mengerti.


Antara Hadirin Dan Diplomat (hehe)Yang Hadir


"jodoh itu, ketentuan Allah." kata mama aku.




Mama dengan pengapit pengantin (sepupu aku gak)



aku belajar sekali lagi. Cinta yg kukuh akan membawa kita lebih dekat kepadaNya.


"jika kamu Cintakan Allah, cinta itu, cinta hakiki" kata ustaz Fadil.


Kak Tumi,Raihan,Nazreen,Khalidah dan Yg Tak dikenali (tudung kuning)

aku belajar sekali lagi. Cinta itu, anugerah dariNya.

"jika Allah cintakan kita, nescaya seluruh isi langit dan bumi akan mencintai kamu" kata papa aku.

aku belajar sekali lagi.

dan lagi..


dan lagi..


lagi..


aku jatuh cinta lagi!


.

22 April 2009

Kisah Yang Tidak Sempurna


lama dah aku tak online,memandangkan kat rumah aku xde talian internet...(dulu ada, tapi kene potong sebab aku giler online)


banyak yang ingin dikongsi,tapi banyak juga halangan yang muncul. sedikit masa yang ada, aku luangkan untuk memberitahu...


bahawa aku masih lagi bErNafAs!


dua hari lepas,rumah aku dimasuki pencuri... habis semua barang diselongkar (apelah yang nak dicari oleh 'orang' tu) dari laci almari baju, hingga ke ruang perpustakaan family aku pun di selongkar (mungkin dia cari harry potter edisi terbaru milik adik aku kot)


namun syukur alhamdulillah, tiada apa barang berharga yang hilang.. agak terpingga2 juga aku sekeluarga, namun syukur yang kami lafazkn... syukur kerana kami sekeluarga tiada ketika itu (kalau x, mesti terjadi pertarungan yang hebat..huhu) dan syukur tiada apa yang hilang (cuma wang sikit2 dan barang2 emas milik adik2 aku)


"mungkin Allah nak bagi kita sesuatu, jadi diuji dahulu" kata mama aku.


satu malam aku berhempas pulas membersihkan rumah..(aku dan family baru pulang dari k.lumpur) malam itu, aku tidur penuh kewaspadaan (mana tau, 'orang' tu nak masuk lagi)


"cukuplah saja Allah bagiku.. Dialah tempat terbaik aku bergantung"


doa itu, membuatkan aku kembali tenang, dan tidur kembali lena.. :)


banyak lagi rentetan peristiwa yg ingin dikongsi... bagi aku berehat untuk mengambil nafas kembali :)
ps: gambar kat atas, gambar hantaran majlis perkahwinan kak ana dengan abg adam. :)

14 Februari 2009

SelangKah MeLanGkaH

pagi...sejuk...uh..aku masih lagi dipadang.. sekadar peringatan kepada teman2...

" aku masih lagi diPadang "

sunyi mula menyelubungi diri... (mana taknye, kawan2 semua dah chow balik malaysia dulu tingalkan aku)

" ko kat mana? bebudak ajak main paintball! " bising si iqbal nie.

tiap hari, langkah ku di tengah hari menuju ke persimpangan simpang (pelik bila dibaca)

" ibu, ikan bakar ada? "
" ada lagi.. banyak.. "

yang pasti... aku masih lagi di Padang....

04 Februari 2009

Apakah kita Buta Dan Tuli?


masih adakah teman yang benar2 mahu bersama kita, susah dan senang?


"anda telah memberikan yang terbaik, demi perubahan kelompok yang sempurna. syabas firdaus!"


fuh.. bangga abis bila tutor aku puji aku (maklumlah, dah lama x kene komen dengan beliau). ari nie, aku buat perubahan dalam diskusi tutorial aku. kalau b4 nie, cakap,cakap,potong line (potong stim pun..err..kadang2) bertekak...fuh... boring juga telinga aku kadang2...

"you will be somebody, when you stop to be somebody. be yourself!"

itulah antara pesan2 arwah tok yah aku dulu..(semoga tok yah didalam rahmatNya). orang selalu cakap, jadi diri sendiri, tapi macam mana??

"makin lama kita berjalan, makin banyak perubahan yang kita rasai"
"ye la, makin lama jalan, makin kurus laa aku joe" buat lawak lak aku.

kadang2 aku bengong juga... tapi ape yang kawan aku joe katakan tu, betul. Namun, itu masih belum cukup untuk memuaskan hati aku yang selalu mencari (atau aku yang x pernah kenal erti puas?)

"sampai bila kita harus merangkak? cukup dengan duduk,kita sudah mampu untuk menjelajah dunia" , berpuitis pula guru besar aku nie.



gila ape?duduk pun bole menjelajah dunia?. ..namun itu persepsi aku ketika zaman kanak2 dulu... tapi sekarang?? aku mampu melihat dunia dihujung jari saja... siapa pencetus perubahan itu?

"melihatlah dalam kegelapan, mendengarlah dalam kebisingan..pasti ada sesuatu yang fir jumpai"

mula2..aku x faham juga kata2 mama aku nie... tapi lama2, aku mulai faham.. bagaimana? fahami dengan mata hati, kita akan jumpai makna kata2 mama aku tu.

"baiklah, saya mau, untuk diskusi yang akan datang, anda akan lebih gigih dan rajin, serta kreatif seperti firdaus", sambung tutor aku lagi.

takde apa pun yang hebat,yang aku bersembahkan dalam tutor aku kali ini. cuma sedikit kelainan yang aku kutip, hasil kegelapan dan ketulian orang lain yang aku nampak. dari situ, aku cipta suatu kelainan yang orang lain terpingga2 (dari wajah tutorial mate aku), hasil kebutaan dan ketulian mereka sendiri... kasar?

jika tidak kasar, kita tidak akan tersentak.. kerana kita lebih enak dan selesa dalam mimpi dan nikmat yang kita kecapi.(extra joss?)

"firdaus, gud job! how can u think to do that?", rama, salah satu tutor mate aku.
"stand infront da mirror,let your twin judge urself"

dia tersenyum. mungkin dia faham. tapi kalau kita maukan perubahan, lihat diri kita,jadi diri kita..dan lihat orang di sekeliling kita... (mata terbuka, bukan erti hati terbuka)

yang aku lakukan, sedikit masa membaca, menulis di kertas, print bahan dan gambar, lalu presentasikan dalam kelompok aku,sambil mengedarkan risalah dan bahan yang aku dapat.

dengan itu, aku mencipta kelainan, dari diskusi yang hanya bercakap, kepada diskusi yang interaktif,penuh gambaran dan fakta. ( dan itulah yang dilakukan oleh orang2 yahudi untuk berjaya dalam hidup mereka... melihat, menggunakan kebutaan orang dan ketulian orang, untuk mencipta sesuatu yang baru)


sekarang, apa pula yang bakal anda ciptakan?