13 Juli 2008

Orang yang dipinggir masa...



masa terus bergerak.kita?


Tanggal 4 julai 2008, selamat aku kembali ke Malaysia, tanah air yang tercinta. udara yang sama aku hirup, tapi perasaan yang berbeza (paru2 kembali segar..hehehe) sampai2,alamak,problem pula, simkad malaysia dah tamat... nasib duit ada RM10, bole beli simkad utk col mama aku.

"mama,abg fir dah sampai..."
"tunggu jap... mama on da way" balas mama aku.

semuanya dah berubah... (padahal baru 7 bulan je aku tinggalkan malaysia) landskap,sosiobudaya,sosioekonomi... yang paling best... perubahan pemikiran dan politik... (panas nie, x sabar nak dengar cite mak aku pasal kelate)

"orang makin lama,makin pandai...mereka dah tau menilai" mama bersuara.
"bila berbicara, ada saja helah...maka hati2 dengan orang yang pandai berbicara" papa pula mencelah.

aku agak blur.tapi iyekan kata2 mereka...sampai2 rumah, terus siap2 g solat jumaat.

"g awal fir, amik pahala banyak"

selalu kalu kat padang, nak masuk khutbah kedua baru aku g (huh...pemalas tul..harap dapat ubah sikap nie) kali nie g awal... b4 khutbah, ada penceramah bagi syarahan...orangnya tua,tp suara agak lantang..

"kita susah,baru ingat Allah...senang kita dimana?"
"kalu bercinta bole hidup semati,maka bercintalah dengan Allah, sehidup semati"

kadang2 kita selalu terlupa,yang kita nie datang dari sehina2 tempat,lalu dinaikkan darjat olehNya...(kita lebih suka melupakan..kerana mengingati adalah satu bebanan)..

pagi tu, jumpa ganu kat masjid (dah makin besar dah ko, jaga baik2 lambang kekayaan ko..hahhaa)

"cuti wat ape?meh la perhangat2"
"bole gak.ustaz bagi x?"
"join je.." balas ganu tersenyum dengan gigi yang hilang satu (jangan marah ganu!)

hidap serba kekurangan, tapi wajah selalu tenang dan ceria....sedap mata memandang... orang cakap,cahaya keimanan...(kita tahu,kita sedar,tapi kita lebih suka memandang,dari cube memiliki) lama gak aku perhangat,lepas tasmi', ustaz buat tebuk pula...mau mengigil aku...

"firdaus,banyak solat sunat ye.jaga hati dan amalan,ape yang ada,semua tu amanah.jangan sampai lupa" ustaz Din bersuara.

hati makin gelap.perlu aku bersihkan! lawan anemia! katakan tidak pada lemak!

"daus,usrah tok guru datang"
"malam nanti kitab ape?" tanya aku.
"ilmu mantik"

berat hati nak pergi...(mula la sengal urat la,otot x cukup myglobin la..anemia laa..hehhe)balik usrah,aku on laptop,men game....(macam biasa,games macam aku nie,kalu start men game,gile2 ah)sedar2 orang dah azan subuh...(time macam nie la, baru mata aku start mengantuk)

"fir,bisnes mama n papa ada problem...g la minta n cari sponsor" kata mama aku masa sarapan.

sedih hati aku,bila mengenangkan penat mama n papa aku cari duit. lagi sedih bila mama n papa aku cakap,kalu x cukup duit untuk tahun depan,maybe aku x dapat sambung study.

"g try pejabat menteri besar" papa bagi cadangan.

panas2 terik,aku g menapak ke bangunan SUK... harapan tinggi agar dapat sedikit sumbangan untuk sambung belajar..(masa nie,baru aku rasa penat papa aku cari duit....baru nak ingat Tuhan)

"Tuan guru xde dik.xpe lah ,tinggalkan surat tu dengan dokumen2,nanti saya submitkan" kata S/U dia.

lepas solat insyak,aku dok berlepak dengan mama n papa aku...banyak yang kami bincangkan...

"bersangka baiklah dengan Allah...Allah tu maha mendengar"
"banyakkanlah solat malam..." kata mama sayu...

hidup memang singkat...tapi siapa tahu,helaian nafas kita yang panjang?kita mudah mengeluh,tapi susah untuk melafaz syukur...kita suka termenung,dari bangun dan bergerak...(kita selalu megah dengan kehebatan kita..tapi kita selalu lupa untuk memuji kehebatanNya...pernahkah kita menjangkaui masa?)

pss: to pemerhati, ISK = Ini Sejarah Kita :)

Tidak ada komentar: