22 April 2009

Kisah Yang Tidak Sempurna


lama dah aku tak online,memandangkan kat rumah aku xde talian internet...(dulu ada, tapi kene potong sebab aku giler online)


banyak yang ingin dikongsi,tapi banyak juga halangan yang muncul. sedikit masa yang ada, aku luangkan untuk memberitahu...


bahawa aku masih lagi bErNafAs!


dua hari lepas,rumah aku dimasuki pencuri... habis semua barang diselongkar (apelah yang nak dicari oleh 'orang' tu) dari laci almari baju, hingga ke ruang perpustakaan family aku pun di selongkar (mungkin dia cari harry potter edisi terbaru milik adik aku kot)


namun syukur alhamdulillah, tiada apa barang berharga yang hilang.. agak terpingga2 juga aku sekeluarga, namun syukur yang kami lafazkn... syukur kerana kami sekeluarga tiada ketika itu (kalau x, mesti terjadi pertarungan yang hebat..huhu) dan syukur tiada apa yang hilang (cuma wang sikit2 dan barang2 emas milik adik2 aku)


"mungkin Allah nak bagi kita sesuatu, jadi diuji dahulu" kata mama aku.


satu malam aku berhempas pulas membersihkan rumah..(aku dan family baru pulang dari k.lumpur) malam itu, aku tidur penuh kewaspadaan (mana tau, 'orang' tu nak masuk lagi)


"cukuplah saja Allah bagiku.. Dialah tempat terbaik aku bergantung"


doa itu, membuatkan aku kembali tenang, dan tidur kembali lena.. :)


banyak lagi rentetan peristiwa yg ingin dikongsi... bagi aku berehat untuk mengambil nafas kembali :)
ps: gambar kat atas, gambar hantaran majlis perkahwinan kak ana dengan abg adam. :)

1 komentar:

mutiaratihani mengatakan...

salam..
banyk la koleksi citer kamu balik umah begitu lama..:)

sama-samalah kita hayati surah Taghaabun ayat 11

11. tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

semoga hari-hari yang dilalui penuh dengan 1001 makna walaupun kadang2 hidup ini memberikan kejutan buat kita..
:)