03 Mei 2009

Cahaya Baru (kisah tak sempurna 3)

"Ahlan wa sahlan wa marhaban!"

lafaz pertama yang aku dengar dari bibir papa aku saat adik aku Aishah, tiba dirumah. Petang itu agak redup cuaca, tapi tidak sedikitpun meredupkan suasana meriah dirumah aku.Pelukan kemas antara Aishah dengan mama aku, disamping ucapan tahniah dari Sarah kepadanya.

"Tahniah Aishah, moga Aishah dapat meneruskan kejayaan di masa hadapan" ucap Sarah pada adik aku yang ketiga tu.

senyum. ^_^

"terima kasih juga kat kak sara yang banyak doakan aishah" balas adik aku.

Malam itu, kami sekeluarga membuat sedikit bacaan yasin dan sedikit jamuan keluarga. rasa seronok bila dapat bersama seisi keluarga semua. dapat lihat celoteh adik2 aku bercerita, pengalaman mereka di asrama, dikolej.macam2 :) . lagi meriah bila mama dan papa pun bercerita saat kanak2 dan remaja mereka.


"mama dulu, cikgu suruh berdiri atas kerusi,mama diri je la"

"mama x malu ke?" celah adik aku.

"nak malu ape nye.zaman sekolah. waktu belajar nie, buatlah sebanyak mana salah yang kita buat, kerana kita akan belajar darinya nanti"


ada sesuatu yang ingin mama aku sampaikan.kami adik beradik tersenyum faham.

Sepanjang minggu cuti sekolah itu, rumah aku sentiasa meriah dengan kehadiran adik2 aku. kadang kala, terdengar jeritan2 kecil dari mama aku menyuruh adik2 aku mengemas rumah dah melipat baju. hehehe... (waktu ini, aku paling heaven, bole dok goyang kaki)

gembira rasa hati ini.sejuta kesyukuran aku munajatkan padaNya.untuk sekian kalinya, keluarga kami memiliki seorang 'Hafizah'. dari jauh aku memandang wajahnya.tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya sebagai hadiah. jauh dihati,seringkali berbisik, ikhlas aku hadiahkan utkmu,


"tahniah adikku.semoga Allah memelihara ilmu dan dirimu,dunia dan akhiratmu"


.

1 komentar:

mutiaratihani mengatakan...

salam..
kata-kata mama awk tu saya dan kawan2 pernah dgr satu ketika dlu..dan msh ingt hingga kini...

kita bljar dri kslapan...dan kita bljar dr pengalaman..mg kita lbh memahami erti hidup..

salam untuk aisyah..