06 Mei 2009

Nada Bersahaja

cahaya atas cahaya?

Baru2 nie aku lepak dengan adik aku sarah. Pastu dengar dia dok nyanyi satu lagu.. cam best.


“Band Hujan”


Kagum juga aku. Bukan kerana nyanyian adik aku, tapi lirik yang cuba disampaikan band itu. Mengingatkan aku satu band Indonesia, nama dia ‘Hujan’ juga. Tapi dalam bahasa inggeris..


‘The Rain’.


mungkin jika engkau mau melupakan perbedaan

mencuba tuk menerima semua yang telah digariskan

jangan terhenti di persimpangan jalan

banyakkan dapat kau lakukan kawan


mungkin jika kita mau sejenak mendengarkan

apa yang telah selama ini mereka percoba teriakkan

jangan ragu untuk sekadar hulurkan tangan

semoga dapat ringankan sedikit beban


dan biarkan tetap bersinar dihati mu

cahaya yang walaupun redup

senantiasa menghangatkan

menjaga agar tetap terang dihati mu

menuntun kemana arah

yang akan kau tuju


dan biarkan tetap bersinar dihati mu

cahaya yang walaupun redup

senantiasa menghangatkan

jangan biarkan gelap selimuti hati mu

jadikan hidup lebih bererti

bagi mu, bagi ku,

bagi mereka dan kita semua.


Terus terang,Aku bukannya pandai sangat dalam seni musik nie. Hanya pendengar yang meminati alunan music dan lirik yang bertepatan dengan jiwa aku masa tu. (time2 sedih, syok la layan lagu jiwang).


Tapi bagi aku, lagu nie best. Masyuk la kalau korang nak dengar lepak2, mengisi masa petang korang ,b4 korang kuar main futsal atau kuar jumpa awek korang. starting petikan gitar dia je, korang dah tau, nie lagu orang tido atau nak masuk tido. (hehe,kadang2 leh tertido aku dengar lagu nie)


Apa aku nampak, ada sumting yang cuba disampaikan dalam lagu nie.bila korang go through lirik nie, very nice.


‘.. apa yang telah slama ini mereka, percoba teriakkan..’


Pernah tak kita fikirkan apa yang ter’pahat’ kat dalam hati orang lain? Pada aku, jarang sekali. Satu pesanan yang aku dapat dari lirik ini, dengan menjadi pendengar yang setia, kita sudah mampu untuk meringan bebanan jiwa yang terpenjara dalam jiwa seseorang ( macam jadi doktor sakit jiwa lak..) tapi bape ramai yang mampu untuk menjadi pendengar yang setia? (kalu dengar awek membebel, kira pendengar yang setia tak?)


Apa yang x best bila dengar lagu nie (pada aku la), alunan irama climax lagu nie x bape cun sangat.. aku cuba untuk mendalami alunannya, tapi x dapat. Dalam erti kata lain (menurut istilah perubatan yang tidak sopan) ‘ejakulasi tertahan’. Mungkin pencipta lagu ini cuba untuk mempertahankan tempo lagu ini yang ‘cool’ dan bersahaja.


anyway, lagu nie memang bagus untuk korang layan. Kenapa? Macam aku ckp tadi, got sumting yang baik untuk kite amik n renung. Sekurang2nya sebagai inspirasi kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik, bukan saja untuk diri kita, tapi untuk orang lain juga. ^_^


‘.. jadikan hidup lebih bererti bagimu, bagiku, bagi mereka dan kita semua…’


.

Tidak ada komentar: