12 Mei 2008

Awal mula, pertama mula..

Lama dah aku nak wat blog nie.. tapi banyak sangat halangan yg x dijangka2... dengan masalah connection internet kat kampus, kelas ganti yang memanjang dan urusan yang x patut aku buat (kadang2 aku nie senang hilang concentration)..

dah dua tiga ari nie, aku xde mood sangat nak belajar.... (main DOTA macam orang gila, pastu tido..) padahal lagi dua minggu nak final exam... ramai orang dok ngomel anatomi susah (housemate aku sampai nak naik gile study anatomy) tapi aku, macam nie juga. macam xde exam je.

roommate aku yang seorang nie, balik umah je, muka tension.

"aik.. asal ko amin? gaduh ngan awek ke?"
"x laa.. ngantok..."

aku malas nak ambil tau sebenarnya, tapi kalu x tanya, nanti orang cakap aku x ambil peduli... ( konflik juga dengan diri aku sendiri ) faizal yang selalu dok kacau amin, ari tu dia senyap je. dia tau amin tengah bad mood kot.

"siva mana? tido ke?"
"macam biasa laa.. budak genius study last minit"

aku? terus amik tuala, mandi , masak megi (khas dari malaysia, maggi kari kesukaanku) pastu ngap! fuh.. nikmat tul makan... (faizal ngan amin masih tengah study..rajin tul diaorang tu)

"ko x tido ke min? kata penat."
"nanti laa. aku nak study sket"

dan aku? tido...sampai pagi.Esok kelas biokimia... aku ngan amin (macam biasa laa, muka yang selalu datang lewat g kelas) nasib baik lecture x start lagi. dok belakang, relex, pastu dengar je laa ape yang lecture tu cakap..

"saya punya kuliah sama kamu hari ini. kamu sudah semak daftar kuliah?"

tibe2 pulak datang lecture histologi. cakap dia punya kelas ari nie. selalu kelas biologi (anatomi,histologi dan sewaktu dengannya) hari isnin dan rabu. pelik dah satu kelas. ada yang pandang kat aku.

"gile ape dosen nie?dia salah tengok jadual kot"
"ntah" jawab aku.

nasib baik laa lecture yang biokimia tu le tolerate. kalu x, kecoh gak kelas.

"saya punya kuliah sama kamu. saya punya acara nanti. saya sibuk, tinggal jauh"

lecture tu macam x puas hati ngan kitaorang, tapi nak wat camna, benda macam nie luar kawalan n dugaan kita.. tapi dia dari awal kelas sampai abis asik cakap benda sama. geram gak, tapi dengar je laa...

hidup memang menyusahkan... tapi dalam kesusahan tu, kadang2 ada kegembiraan. :) jika tiada duka, maka tiada gembira ( sinonim atau tidak, aku lagi suka gembira.. kerana aku adalah aku )

Tidak ada komentar: