Tenang, ada benda yang nak dikongsi bersama. Mudah-mudahan bermanafaat untuk kita semua.
Baru2 ni, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 12 Mei 2011 telah mengeluarkan kenyataan baru mengenai penarikan sijil halal pada sebuah syarikat makanan terkemuka di Malaysia.
Well,lepas ini, kene cari alternatif lain. Perkara ini, tak boleh dibawa main.
Sehubungan perkara diatas, pada 18 Mei 2011 Puratos Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan berikut.
" ala.. certain kek n brownies je.. kalau ice cream, makanan lain kat situ, masih halal.. kot.. "
Kot? Benda-benda syubhah ni, kita jauhkan. Kalau nak makan, makan benda yang kita pasti dia benar-benar halal. Makanan yang halal dan bersih, itu mencerminkan jiwa dan diri kita.
Lagipun, banyak lagi kedai kek dan brownies yang ada. sekurang2nya, support makanan tempatan.
25 oktober yang lalu, tempat aku belajar (Padang) di gegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.2 SR. Malam sewaktu gempa terjadi, aku didalam kereta housemate aku, cari makan. Maklumlah musim exam skrg ni. Faktor stress menyebabkan sekresi asid gaster aku meningkat. (memang asam lambung aku selalu kuar je..haha)
Plannya aku nak g makan twister kat KFC. Aneh, aku lihat semua pekerja kat KFC tu kuar.. aku dengan selambanya masuk.
wajah orang tu agak cuak+kaget+aneh... aku tak perasan apa2 lagi waktu tu. Sehinggalah bila aku balik dari KFC, on da way dari perjalanan, aku lihat, ramai gila orang berjalan kat tepi jalan, siap bawa anak dia..pokoknya satu family..tiba2 handphone aku berbunyi. ada sms masuk.
"telah terjadi gempa bumi ukuran 7.2 SR berpusat di Mentawai. Amaran tsunami dikeluarkan"
perh.. cuak, patut lah aku tengok brother kat KFC tu macam aneh. disaat orang semua tengah melarikan diri kat tempat lebih tinggi, aku leh lak cari twister. dok dalam kereta, memang x leh rasa gegaran gempa! hahaha
"mungkin budak ni beli twister untuk bekalan makanan kalau ada tsunami kot" - aku rasa ini yang terfikir oleh brother yang keje kat KFC tu.
alhamdulillah, 30 minit lepas tu, amaran tsunami telah ditarik balik. saat untuk aku menikmati getaran sensasi twister KFC, setelah gegaran bumi yang menyebabkan semua pekerja KFC lari dari kaunter mereka.
p/s : al-fatihah buat mangsa tsunami akibat gempa kelmarin. sebenarnya setelah amaran tsunami ditarik balik, sebuah pulau berdekatan dengan Mentawai diserang tsunami. Syukur, jika tidak kerana pulau itu, mungkin Padang telah pun dilanda tsunami. Semoga Allah melindungi kita semua.
Exam makin dekat,dan pagi tadi,aku terbaca satu coretan yang sedikit memberikan aku semangat untuk terus usaha dalam perjuangan aku. :)
Aku mula tertanya,bagaimana kita memandang beban hidup kita selama ini?
Berat beban atau lama menanggung beban?
Sebenarnya bukan berat beban yang membuat kita stress atau tertekan. Tetapi,lamanya kita memikul beban tersebut. Cuba kita angkat segelas air dan bertanya pada diri kita,
“berapa berat agaknya segelas air ini?”
Kita pasti akan menjawab, oh mungkin 200g atau 500g. Tergantung berat gelas dan banyak airnya. Namun hakikatnya, bukan berat air atau cawan yang menjadi masalah kita, tetapi tergantungberapa lama kita mampu bertahanuntuk memegang gelas berisi air itu.
Jika kita memegang gelas tersebut selama 1 minit, pasti tiada masalah bagi kita. Tetapi jika kita memegangnya selama 1 jam, lengan kita mula sakit. Berikutnya jika kita pegang selama satu hari, alamatnya ada yang tidur kat hospital.
Mari kita sama2 renung, berat gelas dan air itu sama je. Tapi semakin lama kita memegang, semakin beratterasa bebannya. (mula terfikir, makin lama hidup,makin beban tanggungjawab kita padaNya..hmMm)
Jika kita membawa beban itu terus menerus,sudah tentu kita tidak mampu untuk membawanya lagi. Tapi jika kita angkat gelas itu,kemudian rehat sebentar,lepas tu angkat lagi, pasti tiada masalah bagi kita untuk memegang gelas itu,walaupun selama setahun! ^_^
Apa yang cuba saya sampaikan disini, kita sebagai manusia,perlukan ruang dan masa untuk berehat dan ber’hibernasi’. Apa jua masalah yang kita hadapi, pastikan kita punya sedikit masa dan ruang untuk berundur sejenak,sebelum kita mula melangkah,mencari penyelesaiannya.
Apa lagi bila kita bergelar ‘muslim’. Dari awal,kita telah diajar oleh Allah supaya sentiasa tenang dan ‘merujuk’,sebelum menyambung kembali tugas kita sebagai khalifah dimuka bumiNya ini.
Tidak mengerti?
Itulah solat 5 waktu, yang difardukan oleh Allah kepada kita. Banyak rahsia Allah yang kita tidak mampu selami,namun itulah salah satu dari hikmah solat itu sendiri.
Ditengah2 kesibukan kita mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab (lebih2 lagi sebagai student macam aku ni..exam :( .. ), kita di’seru’ sebanyak lima kali,supaya kita kembali sedar akan fitrah kita yang sebenar.
Kembali kepada fitrah kita yang sebenarnya lemah dan sangat bergantung kepadaNya.
Dengan itu kita akan sedar dan kembali tenang, bahawa setiap beban yang dipertanggungjawabkan kepada kita, sebenarnya kita tidak bersendirian memikulnya.
“sara ingat nak beli papan pemotong tu.cantik.siap ada ukiran, khas untuk mama” Pelik juga aku.nape tibe2 nak beli hadiah untuk mama.
“abg fir nie.hari IBU laa !!”
Ish2.. hampir terlupa pula aku. Sambutan hari ibu tak lama lagi. Jadi macam2 laa aku ngan adik aku bincang, ape nak bagi kat mama, sempena hari ibu nie.. cadang nak beli set cawan la, beli ubat dr.lo’lo’ la, macam2…sambil2 tu, aku belek2 dompet aku,nak tengok cukup tak budget nie (maklumlah,makin hari dompet makin nipis..huhu) … bukan ape, sekadar tanda mengingati untuk mama.
“sara, bila hari ibu sebenarnya?” Tanya aku. “tiap2 hari adalah hari ibu..”
Betul. Kita sepatutnya menghargai ibu kita setiap masa. Bukan hanya pada waktu hari ibu je. (kadang2, aku ni selalu leka dan apla)aku sayang sangat kat mama aku. Tapi kadang2 susah nak aku lafazkan ucapan ‘sayang’ itu pada mama aku.. (kenape la aku nie… hum…)
Pilu hatiku yang sayu, Menatap wajahmu, Tenang dalam lena.
Kasih, ku zahirkan lagu, Sedangkan bibirku, jauh dari lafazNya. Raut tua mu Memberkas jiwaku, meredakan rindu, mendamaikan kalbu, Tak mungkin ku temu, Iras sentuhanmu , Biar pun ku redah, seluruh dunia, Mencari gantimu.
Betapa sukarnya, Menyusun bicara, Meluahkan rasa, Menuturkan sayang, Kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah, Cuma ungkapan kebisuan yang merindukan kalimah rahsia.
Masih ku biarkan waktu, Melarikan lafaz, kasihku padamu.
Mengapakah sukar, Menyusun bicara, Meluahkan rasa, Menuturkan sayang, Kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah, Cuma ungkapan kesukar rima rahsia.
Apakah yang hilang, Andai di lisankan, Manik penghargaan, Penuh kejujuran, Tak mungkin terlihat, Cinta... yang meronta Jika hanya renungan mata yang bersuara, Bukan atur kata.
Tiada lagi ertinya pengucapan, Andai akhir nafaz dihujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam, Usah biar kehilangan, Menggantikan lafaz, Yang tersimpan....
Bila aku dengar lagu nie, aku rasa takut… takut aku x dapat mengucapkan ‘sayang’ dan ‘cinta’ pada mama n papa aku. Terus terang, lagu nie berjaya membuat bulu roma aku berdiri. ( try la dengar danhayati..huhu)
mama dan papa(kenape tu?)
Permulaan lagu nie, korang akan dengar mainan piano, diikuti tempo lagu yang pelan dan sayu. Secara kasar (pada pendapat aku), lagu ni berjaya mengambarkan suasana yang sedih dan sayu saat kita melihat ibu atau ayah kita berbaring diatas tilam, tanpa bicara.(fuh..seram)
Tak seperti lagu yang aku cerita kan pada tajuk lepas, lagu ini membawa kita kepada suatu persimpangan, apakah kita akan memilih untuk ke kanan, atau kekiri. Tiada jalan belakang! Kerana apa?
Selalunya, kita akan terus terhenti di persimpangan dan tak tau nak pilih jalan ape. Susahkan? (ke sebenarnya aku nie ego?...hum…) Background n backup lagu nie memang masyuk. (sepanjang 2nd slot, meremang je bulu roma aku), tapi suatu yang agak me’rungsing’kan telinga aku ialah, penyebutan vocal yang tidak jelas. Ini kadang2 menyebabkan aku berfikir dua kali, untuk memahami apa yang cuba disampaikan.
semuanya indah bila bersama mereka
Penutup lagu nie memang dramatik. Susah aku nak gambarkan, tapi secara keseluruhan,aku suggest korang semua dengarlah n hayati lagu nie.. lirik dia memang sampai. Sekurang2nya aku bersyukur, kerana diberi kesempatan untuk mengucapkan ‘sayang’ dan ‘cinta’ pada mama dan papa aku.
Baru2 nie aku lepak dengan adik aku sarah. Pastu dengar dia dok nyanyi satu lagu.. cam best.
“Band Hujan”
Kagum juga aku. Bukan kerana nyanyian adik aku, tapi lirik yang cuba disampaikan band itu. Mengingatkan aku satu band Indonesia, nama dia ‘Hujan’ juga. Tapi dalam bahasa inggeris..
‘The Rain’.
mungkin jika engkau mau melupakan perbedaan
mencuba tuk menerima semua yang telah digariskan
jangan terhenti di persimpangan jalan
banyakkan dapat kau lakukan kawan
mungkin jika kita mau sejenak mendengarkan
apa yang telah selama ini mereka percoba teriakkan
jangan ragu untuk sekadar hulurkan tangan
semoga dapat ringankan sedikit beban
dan biarkan tetap bersinar dihati mu
cahaya yang walaupun redup
senantiasa menghangatkan
menjaga agar tetap terang dihati mu
menuntun kemana arah
yang akan kau tuju
dan biarkan tetap bersinar dihati mu
cahaya yang walaupun redup
senantiasa menghangatkan
jangan biarkan gelap selimuti hati mu
jadikan hidup lebih bererti
bagi mu, bagi ku,
bagi mereka dan kita semua.
Terus terang,Aku bukannya pandai sangat dalam seni musik nie. Hanya pendengar yang meminati alunan music dan lirik yang bertepatan dengan jiwaaku masa tu.(time2 sedih, syok la layan lagu jiwang).
Tapi bagi aku, lagu nie best. Masyuk la kalau korang nak dengar lepak2, mengisi masa petang korang ,b4 korang kuar main futsal atau kuar jumpa awek korang. starting petikan gitar dia je, korang dah tau, nie lagu orang tido atau nak masuk tido.(hehe,kadang2leh tertido aku dengar lagu nie)
Apa aku nampak, ada sumting yang cuba disampaikan dalam lagu nie.bila korang go through lirik nie, very nice.
‘.. apa yang telah slama ini mereka, percoba teriakkan..’
Pernah tak kita fikirkan apa yang ter’pahat’ kat dalam hati orang lain? Pada aku, jarang sekali. Satu pesanan yang aku dapat dari lirik ini, dengan menjadi pendengar yang setia, kita sudah mampu untuk meringan bebanan jiwa yang terpenjara dalam jiwa seseorang ( macam jadi doktor sakit jiwa lak..) tapi bape ramai yang mampu untuk menjadi pendengar yang setia?(kalu dengar awek membebel, kira pendengar yang setia tak?)
Apa yang x best bila dengar lagu nie (pada aku la), alunan irama climax lagu nie x bape cun sangat.. aku cuba untuk mendalami alunannya, tapi x dapat. Dalam erti kata lain (menurut istilah perubatan yang tidak sopan)‘ejakulasi tertahan’. Mungkin pencipta lagu ini cuba untuk mempertahankan tempo lagu ini yang ‘cool’ dan bersahaja.
anyway, lagu nie memang bagus untuk korang layan. Kenapa? Macam aku ckp tadi, got sumting yang baik untuk kite amik n renung. Sekurang2nya sebagai inspirasi kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik, bukan saja untuk diri kita, tapi untuk orang lain juga.^_^
‘.. jadikan hidup lebih bererti bagimu, bagiku, bagi mereka dan kita semua…’
lafaz pertama yang aku dengar dari bibir papa aku saat adik aku Aishah, tiba dirumah. Petang itu agak redup cuaca, tapi tidak sedikitpun meredupkan suasana meriah dirumah aku.Pelukan kemas antara Aishah dengan mama aku, disamping ucapan tahniah dari Sarah kepadanya.
"Tahniah Aishah, moga Aishah dapat meneruskan kejayaan di masa hadapan"ucap Sarah pada adik aku yang ketiga tu.
senyum. ^_^
"terima kasih juga kat kak sara yang banyak doakan aishah" balas adik aku.
Malam itu, kami sekeluarga membuat sedikit bacaan yasin dan sedikit jamuan keluarga. rasa seronok bila dapat bersama seisi keluarga semua. dapat lihatceloteh adik2 aku bercerita, pengalaman mereka di asrama, dikolej.macam2 :) . lagi meriah bila mama dan papa pun bercerita saat kanak2 dan remaja mereka.
"mama dulu, cikgu suruh berdiri atas kerusi,mama diri je la"
"mama x malu ke?" celah adik aku.
"nak malu ape nye.zaman sekolah. waktu belajar nie, buatlah sebanyak mana salah yang kita buat, kerana kita akan belajar darinya nanti"
ada sesuatu yang ingin mama aku sampaikan.kami adik beradik tersenyum faham.
Sepanjang minggu cuti sekolah itu, rumah aku sentiasa meriah dengan kehadiran adik2 aku. kadang kala, terdengar jeritan2 kecil dari mama aku menyuruh adik2 aku mengemas rumah dah melipat baju. hehehe... (waktu ini, aku paling heaven, bole dok goyang kaki)
gembira rasa hati ini.sejuta kesyukuran aku munajatkan padaNya.untuk sekian kalinya, keluarga kami memiliki seorang'Hafizah'. dari jauh aku memandang wajahnya.tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya sebagai hadiah. jauh dihati,seringkaliberbisik, ikhlas aku hadiahkan utkmu,
"tahniah adikku.semoga Allah memelihara ilmu dan dirimu,dunia dan akhiratmu"
bila sebut tentang cinta,sejuta pengertian akan muncul. bole buat pening kepala bila fikirkan cinta. tapi yang pasti, cinta itu indah dan mengasikkan. Tapi sejauh mana kita faham ertinya cinta? (kita sering memahami erti cinta dari frasa luaran, namun sering keliru erti dalamannya).
Metafora cinta, selalu digambarkan dengan keasikkan dan keindahan yang melalaikan. Tapi, ada juga cinta yang membawa pada kebenaran dan kefahaman tentang ertinya hidup.
Bila Cincin Disarung..
Baru2 nie, sepupu aku menikah dan berkahwin. Cintanya pada suaminya dahulu, dipenuhi kontroversi dan panorama yang tidak mengasikkan. (maklumlah, orang melayu nie susah sikit nak terima orang bukan melayu).
Namun skrg, cintanya nyata dan menjadi sangat berkilau umpama berlian. Berkat kesabaran dan doa, dia akhirnya menikah dengan cinta hatinya. Tahniah aku ucapkan. Doa aku semoga cintanya kekal hingga ke syurga dan dirahmati Allah.
Majlisnya sangat meriah... banyak gak sepupu aku yang datang.
Abg Adam(pengantin lelaki) bersama sepupu2 aku.
Anak buah aku. Aishah dan Zafir.
Sekali lagi aku belajar. Cinta itu tidak mengenal siapa. Apa kaitan dengan jodoh? hum... aku sendiri pun tidak mengerti.
Antara Hadirin Dan Diplomat (hehe)Yang Hadir
"jodoh itu, ketentuan Allah."kata mama aku.
Mama dengan pengapit pengantin (sepupu aku gak)
aku belajar sekali lagi. Cinta yg kukuh akan membawa kita lebih dekat kepadaNya.
"jika kamu Cintakan Allah, cinta itu, cinta hakiki"kata ustaz Fadil.
Kak Tumi,Raihan,Nazreen,Khalidah dan Yg Tak dikenali (tudung kuning)
aku belajar sekali lagi. Cinta itu, anugerah dariNya.
"jika Allah cintakan kita, nescaya seluruh isi langit dan bumi akan mencintai kamu" kata papa aku.
lama dah aku tak online,memandangkan kat rumah aku xde talian internet...(dulu ada, tapi kene potong sebab aku giler online)
banyak yang ingin dikongsi,tapi banyak juga halangan yang muncul. sedikit masa yang ada, aku luangkan untuk memberitahu...
bahawa aku masih lagi bErNafAs!
dua hari lepas,rumah aku dimasuki pencuri... habis semua barang diselongkar (apelah yang nak dicari oleh 'orang' tu) dari laci almari baju, hingga ke ruang perpustakaan family aku pun di selongkar (mungkin dia cari harry potter edisi terbaru milik adik aku kot)
namun syukur alhamdulillah, tiada apa barang berharga yang hilang.. agak terpingga2 juga aku sekeluarga, namun syukur yang kami lafazkn... syukur kerana kami sekeluarga tiada ketika itu (kalau x, mesti terjadi pertarungan yang hebat..huhu) dan syukur tiada apa yang hilang (cuma wang sikit2 dan barang2 emas milik adik2 aku)
"mungkin Allah nak bagi kita sesuatu, jadi diuji dahulu" kata mama aku.
satu malam aku berhempas pulas membersihkan rumah..(aku dan family baru pulang dari k.lumpur) malam itu, aku tidur penuh kewaspadaan (mana tau, 'orang' tu nak masuk lagi)
"cukuplah saja Allah bagiku.. Dialah tempat terbaik aku bergantung"
doa itu, membuatkan aku kembali tenang, dan tidur kembali lena.. :)
banyak lagi rentetan peristiwa yg ingin dikongsi... bagi aku berehat untuk mengambil nafas kembali :)
ps: gambar kat atas, gambar hantaran majlis perkahwinan kak ana dengan abg adam. :)